Harga pelancaran · dikunci 3 tahun jika daftar sebelum 31 Dis 2026

Payroll & HR lengkap, RM3 seorang staf sebulan.

Payroll siap dalam minit, bukan hari. Gaji, EPF, SOCSO, EIS dan PCB dikira automatik. Staf clock-in, mohon cuti dan claim dari telefon. Tiada minimum, tiada kontrak.

Tanpa kad kredit. Batal bila-bila masa.

  • Dibina untuk payroll Malaysia
  • No. IC & akaun bank disulitkan
  • Aplikasi staf di App Store dan Google Play

Bunyi macam bisnes Bos?

  • Excel bersepah hujung bulan.

    Formula rosak, versi fail berbeza, satu salah taip boleh salah gaji.

  • Cuti & claim dalam WhatsApp.

    Mesej tenggelam, resit hilang, baki cuti tak siapa tahu.

  • EPF, SOCSO, EIS, PCB: risau tersalah kira.

    Kadar dan jadual berubah, semak manual ambil masa.

  • Staf tanya payslip setiap bulan.

    Bos jadi kerani, bukan Bos.

EzHRai selesaikan semua ini dalam satu app.

Caruman & cukai, dikira untuk Bos

  • EPF, SOCSO, EIS & PCB

    dikira automatik setiap kali payroll dijalankan.

  • Fail untuk setiap agensi

    sedia untuk dimuat naik.

  • Payslip

    untuk setiap staf, boleh dilihat dalam app staf.

  • Fail bayaran bank

    sedia untuk dimuat naik ke bank.

  • Borang EA

    hujung tahun.

  • Kelulusan sebelum bayar:

    Bos boleh tetapkan payroll perlu diluluskan orang kedua sebelum payslip, fail bank dan fail agensi dikeluarkan (maker-checker).

Semua urusan HR, dari telefon

  • Clock-in GPS + selfie.

    Staf clock-in di lokasi kerja dari telefon; Bos nampak siapa masuk, lewat atau bercuti hari ini.

  • Cuti.

    Mohon dari telefon, Bos lulus satu tap, baki dikemas kini sendiri.

  • Claim.

    Ambil gambar resit, hantar, lulus, terus masuk payroll.

  • Overtime & pembetulan kehadiran.

    Lulus dari telefon sebelum payroll.

  • Rekod staf & dokumen.

    Maklumat staf, surat dan tarikh tamat permit dalam satu tempat.

  • Banyak syarikat, satu login.

    Untuk Bos yang ada lebih dari satu syarikat atau cawangan.

Harga mudah. Bayar ikut bilangan staf.

RM3/staf/bulan

RM36/staf/tahun

  • Tiada yuran minimum. 1 staf pun boleh.
  • Harga pelancaran: daftar sebelum 31 Dis 2026, harga dikunci 3 tahun.
  • Cuba percuma 30 hari, tanpa kad kredit.

Data selamat ke?

  • No. IC dan akaun bank disulitkan

    dalam pangkalan data.

  • Data setiap syarikat diasingkan.

    Syarikat lain tak boleh nampak data Bos.

  • Log audit.

    Setiap perubahan pada gaji, cuti, kehadiran dan rekod staf direkod: siapa, bila, apa.

  • Gaji dikira di server,

    bukan dalam pelayar.

Macam mana nak mula

  1. Daftar

    dalam 2 minit, tanpa kad kredit.

  2. Tambah staf

    satu-satu atau import dari fail CSV.

  3. Jalankan payroll pertama.

    Semak, lulus, siap.

Soalan lazim

Data selamat ke?

Ya. No. IC dan akaun bank disulitkan, data setiap syarikat diasingkan, dan setiap perubahan direkod dalam log audit. Baca Notis Privasi.

Dah guna Excel, kenapa tukar?

Excel tak kira EPF, SOCSO, EIS dan PCB untuk Bos, tak hantar payslip, dan tak urus cuti atau claim. EzHRai buat semua itu, dan staf guna telefon sendiri.

Boleh batal bila-bila masa?

Boleh. Tiada kontrak. Langganan berhenti pada akhir tempoh yang telah dibayar. Lihat Polisi Bayaran Balik.

Macam mana nak bayar?

Kami e-melkan bil sebelum setiap tempoh. Bos pilih FPX, DuitNow atau kad dan bayar. Tiada caj automatik.

Perlu kad kredit untuk cuba?

Tidak. Cuba percuma 30 hari dulu, bayar hanya jika Bos teruskan.

Staf saya ada berapa ramai, ada minimum?

Tiada minimum. Bayar RM3 sebulan untuk setiap staf.

Ada aplikasi telefon?

Ada. Staf muat turun EzHRai di App Store atau Google Play dan log masuk dengan akaun yang Bos cipta.

Hujung bulan ni, biar EzHRai kira gaji.

Cuba percuma 30 hari