Maklumat syarikat ada di dua skrin.
Alamat dan cawangan
- Tetapan → Syarikat. Tab Organisasi.
- Isi Alamat berdaftar: Alamat baris 1, Poskod, Bandar, Negeri. Alamat ini dicetak pada payslip.
- Tekan Simpan Perubahan.
- Di kad Cawangan, tekan Tambah Cawangan, isi Nama Cawangan dan Lokasi, tekan Simpan. Geofence adalah pilihan.
Nombor majikan (LHDN, KWSP, PERKESO)
- Gaji → Tetapan Berkanun.
- Di Nombor Pendaftaran Majikan, isi No. Majikan LHDN (E), Pejabat Negeri LHDN, Kod Majikan KWSP, Kod Majikan PERKESO, telefon dan e-mel syarikat.
- Tekan Simpan Perubahan.
Perlu tahu: buat cawangan dulu sebelum tambah staf. Tarikh gaji masuk tidak ditetapkan di sini: Bos pilih Tarikh kredit setiap bulan semasa buat fail bank (artikel 6).