Langgan dan bayar EzHRai

  1. Tetapan → Syarikat. Kad Pelan Langganan di bahagian atas halaman.
  2. Semasa percubaan, tekan Langgan. Selepas itu, Tukar Pelan Langganan.
  3. Pilih Kitaran Bil: Tahunan (dipilih secara default) atau Bulanan, dan bilangan staf.
  4. Bayar dengan: FPX, DuitNow QR atau kad debit/kredit → Teruskan ke pembayaran.
  5. Invois: Pelan Langganan → Invois.

Perlu tahu: hanya Pemilik (Owner) boleh langgan. Tiada caj automatik: kami e-melkan bil sebelum tempoh seterusnya. Harga RM3 seorang staf sebulan (RM36 setahun). Di app iPhone, halaman langganan tidak dipaparkan: guna pelayar web.